Thursday, 8 March 2012

BLOGGING vs VLOGGING

korang tau tak apa itu vlogging ? vlogging ni adalah video blogging . dia lebih kurang blogger je , cuma dalam bentuk video . ramai je vlogger Malaysia ni contohnya macam AIMAN AZLAN , ANWAR HADI , MARIA ELENA and yang most favourite aku ialah MATLUTHFI90 .

sebenarnya aku minat mat luthfi je . hehe . tapi yang lain tu pun femes jugak cuma aku tak tengok + xminat sangat . ni salah satu video dia yang aku rasa terbaik (semua video dia terbaik sebenarnya)


aku suka video dia sebab dia ni lawak + natural + semua video dia ada motif . haa . so , aku pun pernah la terfikir nak buat vlogger jugak *macam lawak jer kan ?* tapi lepas aku pertimbangkan semua aspek , aku rasa benda ni sangat tak sesuai dengan aku yang pemalu ni *guraugurau*.

tak lama lepas tu , ada seorang kawan aku , si MUSFIRAH AZMI ajak aku buat blog . aku pun try la . hm , ok jugak dengan aku . boleh la aku menulis waktu aku rajin-rajin sikit + isi masa aku yang banyak kosong dari terisi ni + boleh perah sikit otak aku yang dah lama tak bekerja ni . dan inilah hasilnya ! blog yang anda sedang singgah sekarang ni :)

sebenarnya , aku nak sangat blog aku ni dekat di hati pembaca . tapi sekadar NAK je la . sebab maybe blog aku ni tak kena dengan citarasa sebahagian orang . hm . and aku harap sangat setiap entry aku memberi input positif dan bermotif . so , kalau korang ada idea untuk buat blog aku ni lebih awesome + interesting , aku sedia terima tak kira la dalam bentuk kritikan atau semangat . cehh !

ada sorang kawan aku ni , dia cakap kat aku 'buatla macam aiman azlan punya blog , dia buat cerita yang buat orang berfikir dan tertanya-tanya . even ayat dia biasa , tapi mendalam . kita boleh fikir macam-macam dengan satu ayat je' . haa . aku pun fikir . wahh ! hebatnya aiman azlan . tapi , sebenarnya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri . memangla kadang-kadang kita cuba nak jadi macam orang lain , tapi mesti kita rasa SANGAT letih kan ? so , baik jadi diri sendiri .

aku tak kisah sangat pun orang tak suka blog aku (penulisan , lagu , background and so on la) . selagi aku boleh terima komen korang , aku cuba buat sekadar termampu . tapi kalau aku rasa macam susah nak terima je kritikan korang , sori la kalau aku butakan mata , pekakkan telinga and bisukan mulut . ok :)

thanks to korang yang sudi melawat dan menjenguk blog aku yang tak seberapa je ni . aku memang suka something yang simple . sebab kalau banyak sangat benda , nanti nampak serabut pulak . kalau korang suka blog aku ni , follow me ! hehe . tapi kalau korang tak suka , just leave my blog . 




p/s : up to korang la nak berblogging atau nak bervlogging . ikut atas kreativiti masing-masing . cubalah jadi diri anda sendiri , ok ? :)

Wednesday, 7 March 2012

ujian itu nikmat

hari ni aku rasa sangat sedihh :'( something berlaku yang buat ak sangat-sangat disappointed + frust . huhu . kalau aku cerita , maybe ada yang gelak sebab benda ni macam remeh je kot tapi aku ni act macam overdos je . macam ni soal hidup mati aku je . tapi sebenarnya benda ni bagi impak pada emosi aku dan jugak pemikiran aku . and benda ni hampir-hampir buat aku putus asa dan aku rasa down down down . hu . tapi , ak sangat bernasib baik , sebab waktu aku hampir putus asa tu , tiba-tiba otak aku terfikir ayat ni *syukur la* :-

“ dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” 
(Yusuf : 12)

dan of course la aku taknak kan tergolong dalam golongan orang-orang yang kafir ni . jadi aku cekalkan hati aku . and aku pun fikir , fikir dan terus fikir pasal ni . lepas fikir sedalam-dalamnya , banyak jugak pengajaran yang aku dapat . setiap yang berlaku mesti ada hikmah kan ?

sebenarnya sabar tu memang SANGAT-SANGATsusah saat-saat macam ni . huu . waktu-waktu macam ni la sepatutnya aku kena lebih think positive and yakin dengan Allah . kan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
 Surah Al-Baqarah ayat 216 

ok la . aku pun taknak cakap banyak . tapi , kalau korang mengalami situasi sebegini , yang buat korang rasa sangat down . cuba ingat dan hayati lirik lagu ni . 

RAHMAT UJIAN by MESTICA

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



p/s : ingatlah dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang :)

Sunday, 4 March 2012

let's think outside the box !

waktu kita masuk sekolah rendah dulu , cikgu ada tanya

 cikgu : "apa cita-cita awak bila besar nanti ?"
 murid : "nanti besar saya nak jadi doktor !"

kita jawab dengan penuh yakin . then , kita pun semakin membesar dan terus membesar . bila masuk sekolah menengah , cikgu tanya pulak


cikgu : "lepas habis belajar nanti awak nak jadi apa ?"
murid : "hm . apa ye ? kalau boleh saya nak jadi doktor . tapi saya berminat nak jadi engineer jugak ."

dan semakin besar , semakin bertambah senarai cita-cita kita . kenapa ?? sebab semakin kita membesar , semakin banyak benda yang kita tahu dan cita-cita kita juga menjadi semakin kabur . kan ? *based on my experience la

kawan-kawan kita pun kadang-kadang ada jugak tanya . tapi bentuk soalan laen la sikit . biasanya kalau dengan kawan , kita boleh sembang panjang + minta pendapat + share idea sikit kan .


kawan : "kau nak ambik course apa lepas SPM nanti ?" 
aku : "entahlah wei . aku xde idea la . tengok result la kot ." 
kawan : "hah ? kau ni biar betul ."
aku : "betul la ni . aku ingat nak ambik architecture , tapi lepas aku risik-risik , aku rasa course ni macam susah sangat . aku pun tak nak ambik medic , sebab aku tak minat . engineering pun macam xsesuai je dengan aku ."
kawan : "apa la kau ni . setiap benda ada risiko tersendiri la . orang yang kuat adalah orang yang berani menghadapi risiko . takkan kau tak tahu ?"
aku : "aku tahu . tapi aku agak tak berani la ."
kawan : "parah la kau ni . kau tahu , orang yang takde matlamat ni umpama orang yang takde kehidupan ?"
aku : "iya ? habis tu camne aku ni ?"
kawan : "aku rasa baik kau pergi mati je la" (gurauan semata-mata)
    

ok . sebenarnya motif aku berdialog-dialog kat sini sebab nak bagi opinion aku sedikit pasal cita-cita ni . ramai orang nak jadi something agak GAH macam doktor , engineer , architect and so on la . padahal kalau kita google , berpuluh-puluh maybe beratus-ratus list of course yang ada . what if kalau kadang-kadang kita think outside the box ? apakata kita try ambik course yang hot tapi jarang dipilih ataupun yang betul-betul kita minat . 


camni la , kalau anda minat photographer , ambik la course berkaitan dengan photographer ni . kalau anda minat fesyen , ambik la course pasal designer . pendek kata , cari la course yang berkaitan dengan minat anda . kalau anda takde idea , internet kan ada . dunia sekarang kan di hujung jari jadi gunalah kesempatan yang ada . jangan takut untuk mencuba and take the risk! think positive :) kalau rasa banyak sangat idea , cuba solat istikharah . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . 

ada jugak orang yang ambik course sebab ibu bapa suruh macam dalam cerita 3 IDIOT. hey , ni hidup anda atau hidup ibu bapa anda ? sebenarnya TAK SALAH nak gembirakan hati ibu bapa anda dan TAK SALAH jadi seperti yang mereka mahukan (selagi tak melanggar hukum syarak) tapi , kalau anda tidak bahagia + tertekan + tak ikhlas dengan keputusan tersebut , takde makna pengorbanan yang anda lakukan .


p/s : "sebenarnya ada beza pengorbanan dan kebodohan"-matluthfi90 

Friday, 2 March 2012

MARAH

marah tu benda biasa la kan ? semua orang pun pernah marah . same goes to me . bila orang buat kita sakit hati waktu kita ada masalah or waktu bad mood and bila-bila masa je la .

geram je rasa nak MARAH


xpun nak JERIT-JERIT sampai keluar anak tekak 


kenapa ?? kenapa ?? kenapa ??? kenapa buat aku macam ni ??? arggghhhh !!!! 



haa ~ macam tu baru rasa puas hati kan ? tapi bila fikir-fikir balik , hm , xde la puas hati sangat kot . kadang-kadang sebab marah punya pasal , main sembur je . habis keluar semua rasa xpuas hati . kadang-kadang tu , sampai ungkit-ungkit balik kebaikan kita . last-last kita jugak yang menyesal . kenapa ? nak minta maaf dengan orang tu satu hal , lepas tu hubungan pun jadi renggang . kalau yang asal-asal best friend forever tiba-tiba jadi worth enemy foreverteruk kan marah ni ?? isyy33 . 

haa . tu la . so , lebih baik kita SABAR . banyak tau kelebihan sabar ni . 

dalam quran dah kata :-

‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan’. (Surah Ali Imran: 134)

ni lagi satu hadis , 1st time aku jumpa :-

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu’. (Riwayat At-Tarmizi)

menarik kan ? :) sebenarnya banyak lagi kelebihan menahan marah ni . letih la nak tulis banyak-banyak =.=" he . cukup la setakat ni dulu .

sebelum anda blah , apa kata kita rehat-rehat sekejap . jom baca cerita tentang kesabaran Rasulullah :)

Pada suatu hari, Rosulullah SAW bertemu seorang wanita non-muslim yang juga buta dalam keadaan sakit dan tidak terawat. Karena iba, Rosulullah membawa wanita itu pulang walaupun beliau tahu bahwa wanit itu bukan muslimah.
Dengan sabar, dirawatnya wanita itu. Selama dirawat, wanita itu mencaci maki Rosulullah SAW tanpa mengetahui bahwa yang dicaci maki itu adalah orang yang merawatnya sendiri. Tapi Rosulullah masih saja sabar merawat wanita tua itu hingga beliau meninggal dunia.
Hingga selanjutnya, khalifah penerus nabi Muhammad SAW meneruskan untuk merawat wanita tua itu. Tapi wanita itu merasakan perbedaan dalam merawat dirinya. dan berkatalah wanita itu
“Siapakah engkau saudara? Kenapa kali ini perawatan padaku sepertinya sedikit berbeda? Sepertinya aku lebih nyaman dengan perawatan sebelumnya. Dimanakah orang yang merawatku dulu?” tanya nenek itu
“Nek, orang yang merawat anda dulu telah meninggal”
“Benarkah?! Siapakah dia?”
“Dia adalah Muhammad SAW”
Serentak nenek itu kaget. Benarkah orang yang telah dicaci-maki selama ini masih mau merawat dirinya? Terharulah nenek itu. Akhirnya, nenek itu menyatakan diri masuk Islam
Begitulah,, Nabi Muhammad SAW. Nabi yang sangat dikagumi milyaran manusia di Bumi. Walaupun beliau sudah meninggal, kasih sayangnya tetap kita rasakan hingga kini
Setidaknya, berdoalah untuk Rosul yang kita banggakan ini



p/s : jom jadi cool macam saya :D ehehehe *perasan